It`s Me

It`s Me

Thursday 21 April 2011

Sunday 17 April 2011

Brooch Kristal

RM1.00 1pcs    

RM5.00 6pcs

Pesta Panjut Dan Sampan Berhias...

Esok Perak akan bercuti sempena hari lahir Tuanku... jadi, malam ni akan diadakan pesta panjut dan sampan berhias.... jom kita kesana malam ni jam 8.00mlm :)



18.04.2011

Assalamualaikum Kawan-Kawan... Dah Bersarapan??? Hari Ni saya Ke Kuala Kangsar .... Bersarapan pagi di Kedai Rosli dan Keluarga... dekat dengan pasar Kuala Kangsar... menunya ...

Saturday 16 April 2011

Cream Caramel

Bahan-bahan ( 4 hingga 5 orang )

  • 4 sdbsr gula pasir ( cairkan atas api)
  • 4 biji telur
  • setengah tin susu manis/pekat
  • 1 tin susu cair (carnation/ideal)
  • 1 sdth essen vanilla
  • Luyang berukuran 19 cm

Cara-cara

  1. 100_3608__small___wince_
    Letakkan luyang (yg berukuran19cm) di atas api yang perlahan dan cairkan gula pasir.. tak perlu tambah air...kacau tanpa henti dan tunggu sehingga gula berwarna perang dan sejukkan.
  2. Satukan telur, susu pekat, susu cair dan vanilla didalam mangkuk dan pukul hingga sebati....
  3. 100_3606__small___wince_
    Tuang ke dalam luyang ( caramel gula ) yang sudah sejuk dan kukus selama 30 minit...Sejukkan didalam peti sejuk...dan siap untuk dhidang.

16/04/2011

Ermmm pagi2 tadi dah ke KPJ, Ipoh ... Pastu P Wah Seng... ingat malam ni nak buat Cheese & Coklat Cupcakes... ada member teringin nak makan... esok cadang2 nak buat Apam Polkadot... tadi dah beli strawberry utk inti apam tu ... Pastu terlajak la plak ke GM... beli kristal n pin untuk brooch :)
KPJ IPOH....

WAH SENG, IPOH

GM, IPOH

Cheese Cake

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Friday 15 April 2011

Rantai Tangan Kristal - Butterfly

Crystal swarozki from Ainita Collection

Cinta Kristal

Cinta Kristal

Tepung Talam Kota Belud

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • BAHAN A :
  • 300 gm Sagu
  • 250 gm Kelapa Parut
  • 30 gm Suhun
  • 1 Sudu Teh Garam Halus
  • BAHAN B :
  • 300 gm Gula
  • 700 ml Santan
  • 100 ml Jus Pandan
  • 6 biji Telur
  • 100 gm Tepung Gandum
  • 1 sudu besar Tepung Jagung
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara

  1. Semua bahan A digaul sebati, masukkan ke dalam Loyang.Kukus sehingga masak selama 25minit dan tekan setelah masak.
  2. Campur semua bahan B, Tapis dan masak sekejap di atas api yang perlahan. Jangan terlalu pekat.
  3. Tuangkan semua adunan keatas Bahan A, kukus hingga masak.

Rantai Tangan Kristal - Design `S`



Sedia menerima Tempahan
RM10-RM15

Apam Polkadot



Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Apam_polkadot
  2. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  3. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  4. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  5. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  6. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  7. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  8. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Kristal Cinta Hati

Assalamualaikum.... Saya sekadar Nak Berkongsi Apa yang saya pelajari ... kalau kawan2 ada nak kongsi resepi atau apa jua boleh lah berkongsi disini :) Sharing Is Caring .....